Tuesday, February 24, 2009

Hanya graduan versatile mendapat pekerjaan....

dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dewasa ini,
peluang pekerjaan makin menjadi getir..
persaingan menjadi semakin sengit..
hanya yang mampu menonjol
mendapat manfaat

kelayakan akademik semata2 bukanlah
penjamin utama dalam mendapatkan sebuah
pekerjaan dewasa ini

teringat lagi semasa zaman kesusahan haku
mendapatkan pekerjaan…
tapi haku cekal..walau terasa ijazah itu
hanya layak di dalam tong sampah tempatnya
penat lelahku utk mendapat keputusan
yang memberangsangkan
tidak dapat langsung digunakan
utk haku mendapatkan mana2 pekerjaan
sehingga haku hampir putus asa

tapi kekebalan dan kekerasan hati haku
tiada bandingnya..
haku mmg tidak memilih kerjaya

haku memulakan kerjaya sebagai
seorang operator pengeluaran wanita
selama 2 bulan 3 hari…
bayangkan seorang lulusan dari universiti
dengan result second class upper..
bekerja sebagai seorang operator sahaja…

haku tidak peduli..apa yang bakal dilemparkan
cercaan, hinaan…
haku tidak peduli..
kerana niat haku ikhlas…
utk mendapatkan pengalaman

ternyata pengalaman itu lebih
berharga dan lebih dilihat dari sekeping sijil
haku tidak putus asa..
haku berusaha untuk menambahkan skill dan kepakaran
akhirnya haku menyertai kursus INSEP
alhamdulillah belum tamat kursus
haku telah dilamar company yg sama
haku bekerja sebagai operator dahulu
sebuah multinational company...

dalam sesi temuduga, maseh teringat lagi
boss haku yg haku kagumi
bertnya kpada haku
kenapa kamu bekerja sebagai opearator
sedangkan result kamu sgt baek
kamu tak layak berada di sana…

haku cuma tersenyum lebar
dan menjawab dengan penuh rasa rendah diri
jawapanku..saya inginkan pengalaman
dan ingin berdikari tanpa mengharapkan
ehsan keluarga setelah saya mendapat
segulung ijazah
dan saya telah membuktikan bahawa graduan
tidak memilih kerjaya…

boss haku tergamam dan cukup impress mendgr
jawapan tulusku..
dan mungkin kerana itu jugala..
haku mendapat tawaran darinya…

haku bermula dari bawah…
sebelum menjawat jawatan yang setaraf
dengan kelayakan akademikku…
itu sebabnya haku lebih low profile
pengalaman bekerja di peringkat bawahan
cukup memberikan makna buat diri haku

walau setinggi mana haku berada..
InsyaAllah berbekalkan pengalaman tersebut
haku tidak akan menyombong diri
bongkak, angkuh dan lupa daratan

teringat kata2 seseorang kepada haku…
waktu tue haku belum grad lagik..
dia berpesan pada haku…
andai esok lusa dapat kerja bagus
jgn sekali2 memandang rendah pada org bawahan

aku pernah menjadi orang bawahan
dan mungkin kerana itu
haku cukup menghormati semua golongan

hengat…kita tetap kita..
walaupon setinggi mana kita berada..
jgn sesekali mendabik dada..
kelak kedudukan kita itu pasti tidak
akan kekal lama

pada graduan di luar sana...
tidak perlulah memilih pekerjaan..
ijazah anda bukanlah penjamin utama
utk anda mendapat pekerjaan bagus..
lengkapkan diri anda untuk menjadi
multi skill person..

zaman telah berubah..
mungkin dahulu dengan berbekalkan
result cemerlang semata-mata
anda boleh menjawat mana2 jawatan professional

tapi tidak lagi di zaman sekarang..
persiapkan diri dengan segala ilmu
dan kemahiran..berserta dengan
kelulusan yang baik...
kerna hakikat dan cabaran hidup di luar sana
tidak dapat kita tangani hanya berbekalkan
ilmu yang diperolehi di dalam dewan kuliah

grab all the opportunities..
being excellent in everythings u do..
insyaAllah..sinar harapan yang cerah
pasti menanti anda....

cabaran sesuatu yang nyata..
realiti kehidupan ini...
tapi cabaran yang paling utama
adalah bagaimana sebenarnya anda melihat
sesuatu cabaran itu dari pandangan
dan perspektif yang berbeza..

mungkin cabaran itu
menjadi kekuatan diri anda yang sebenar...
being positive...
usaha escalator kepada kejayaan

yang pasti..
berubah untuk kebaikan...
anda perlu mengubah segalanya biler melangkah
keluar dari kepompong zon keselesaaan anda di universiti
berubah disini maksudnya
adalah untuk yang lebih baik bukan sebaliknya

change ur mind set, ur attitude, ur way of thinking
ur style and personality, ur confidents level etc...

pelajar yang cemerlang dalam pelajaran
tidak semestinya cemerlang dalam kerjaya..
think of it..always think outside of the box..=)

rezki ada di mana2..tapi mestilah disusuli dengan usaha
yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa..

No comments:

Post a Comment